Memaparkan catatan dengan label berpantang sendiri susah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berpantang sendiri susah. Papar semua catatan

Sabtu, 26 September 2015

Emosi Wanita Dalam Pantang Menakutkan

Persediaan Emosi Sebelum Berpantang Sendiri
------------------------------------------------

Persediaan utama bukan hanya peralatan tetapi yang paling utama emosi suami dan isteri. Sabar, sabar, sabar 1000X kalau mahu teruskan niat berpantang sendiri. Suami kena bersabar dengan kerenah isteri. Isteri pula kena bersabar jika apa yang dimahukan lambat disediakan atau tidak kena seperti yang dijangka.
Anggaplah tempoh ini, tuhan mahu menduga sejauh mana kasih-sayang sepasang pasangan ini. Kedua-dua suami dan isteri baru menerima hadiah besar pemberian tuhan, iaitu seorang bayi yang lahir dari hubungan kasih sayang. Teruskan berkasih sayang walaupun di waktu susah apatah lagi di waktu senang.
Sentiasa berzikir jika ada situasi yang membuatkan kedua-dua dalam keadaan tertekan. Ingat kembali betapa susahnya isteri berjuang semasa melahirkan bayi comel itu. Isteri sangat perlukan bantuan dan masa ini bukan sahaja bayi yang perlukan perhatian, isteri juga. Belailah kedua-dua mereka dengan penuh kasih sayang.
Buat si isteri, bila suami terlalu penat kerana tidak dapat tidur lena, ucapkan terima kasih berulang-ulang kali. Berilah peluang suami berehat ketika bayi tidur. Jangan dipaksa suami keterlaluan. Jika anda perkara yang isteri mampu lakukan seperti mandikan bayi, lakukanlah. Jangan letakkan semua beban ke atas suami.

Sabtu, 19 September 2015

Wanita Merana Dalam Pantang Jika Dapat Suami Macam Ini

Susah Senang Berpantang Sendiri
-----------------------------------

Berpantang sendiri sangat susah jika:-

1) Mempunyai suami yang berat tulang dan tidak suka membantu
2) Sebelum bersalin terutama untuk kelahiran anak pertama, tidak pernah lihat atau tidak pernah belajar uruskan bayi yang baru lahir
3) Mengalami komplikasi atau kesusahan semasa bersalin menyebabkan ibu langsung tidak boleh bangun dari katil


Berpantang sendri sangat senang jika:-

1) Suami ringan tulang membantu uruskan isteri, bayi dan rumahtangga
2) Pernah melalui pengalaman bersalin dan berpantang sebelum ini
3) Isteri dalam keadaan sihat dan boleh bangun dari tempat tidur



Sebelum membuat keputusan ambil kira semua faktor, dan jangan semata-mata mengikut pengalaman orang lain kerana setiap kelahiran dan proses berpantang tidak sama antara seorang ibu dengan ibu lain. Juga tidak sama antara anak pertama, kedua dan seterusnya.