Jumaat, 6 Mac 2015

Peranan Suami Jaga Isteri Berpantang.

Secara peribadi saya sangat menghormati suami yang menjaga isteri sendiri semasa berpantang. Malah semakin ramai lelaki atau suami yang mengambil peranan ini. Jika dahulu, tugas menjaga isteri di dalam pantang diserahkan bulat-bulat kepada ibu atau ibu mertua, sekarang berbeza.

Malah ada suami yang menghalang isteri balik berpantang ke rumah ibu bapa atau ke kampung. Mereka dengan sukarela menawarkan diri untuk menjaga isteri sepanjang tempoh itu. Mereka dengan penuh tanggungjawab melaksanakan tugas mulia ini.

Adalah ini peranan mereka atau adakah ini peranan ibu atau ibu mertua?

1 ulasan:

  1. Tak disangka-sangka seronok betul jaga isteri berpantang ni.. Memang satu pengalaman baru yang sangat berharga.. Ni nukilan personal experience saya sendiri menjaga isteri berpantang.. :)

    http://miaqaisarah.com/2015/08/10/pengalaman-jaga-isteri-berpantang/

    BalasPadam