tag:blogger.com,1999:blog-39113423260435709862024-02-21T16:49:43.985+08:00Petua Ibu Berpantang SendiriAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/04079056144381806407noreply@blogger.comBlogger16125tag:blogger.com,1999:blog-3911342326043570986.post-49740680195490483232017-04-09T15:30:00.002+08:002017-04-09T15:53:06.241+08:00Tip Sediakan Air Mandian Herba Cara Mudah Bila Suami Bekerja.

Zaman teknologi ini makin ramai yang tahu cara nak berpantang walaupun mak atau mak mertua tak beritahu. Google sahaja, macam-macam ilmu yang sedia untuk diamalkan. Cuma mungkin bagi yang nak berpantang sendiri tu, perlu tahu bagaimana mahu memudahkan urusan tanpa membebankan diri sendiri. Silap haribulan boleh bawa mudarat pada diri.

Mandian untuk ibu berpantang adalah salah satu rutin berpantang yang bagus.

Tapi kalau berpantang sendiri, siapa mahu sediakan?

Kalau sediakan sendiri, nanti siapa nak angkat air rebusan tu?

Kalau angkat sendiri, bolehkah?

Kak Za suka kongsikan cara untuk menyediakan air mandian herba untuk ibu yang berpantang sendiri tanpa perlu angkat periuk air rebusan (ya periuk berisi air itu dikira berat) apatah lagi baldi air.

1) Semasa mengandung, beli siap-siap mandian herba yang dalam sachet. Jadi masa berpantang, suami senang nak bantu untuk sediakan air mandian. Sebelum suami mandi, minta tolong suami letakkan periuk berisi air dan 1 sachet herba.

2) Lepas suami siap mandi, air rebusan pasti dah mendidih lama dan suami boleh tolong masukkan ke dalam termos air panas.

3) Sebelum ke tempat kerja,pastikan suami sudah letak siap-siap termos di sebelah baldi yang dah diisi air paip. Kadang-kadang suami perlu diingatkan, jadi kalau suami lupa,beritahu hari-hari.

4) Bila tiba waktu mandi mama, dalam keadaan duduk atas bangku kecil, cuma perlu masukkan air rebusan herba dalam termos tadi dan tuangkan dalam baldi berisi air paip. Jika terlalu panas, guna paip air getah untuk tambahkan air sehingga suam-suam kuku.

*Tak perlu mandi banyak pun, 1 termos untuk 1 baldi sebenarnya sudah cukup untuk segarkan dan kembalikan tenaga mama.

Selamat berpantang sayang-sayang semua,

Salam Sayang

Kak Za

berpantangsendiri.blogspot.my

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04079056144381806407noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3911342326043570986.post-84417982121550536762016-08-07T09:06:00.000+08:002016-08-07T09:06:04.001+08:00Akibat Buruk Tak Pakai Stoking Masa Pantang

"Lecehlah nak pakai stoking. Selimut ajelah kaki tu, sama sahaja. Kalau tak pun pakai selipar dalam rumah yang comel-comel tu. Tutup juga kaki."

Itulah kata-kata seorang ibu dalam pantang yang nak elak 'rutin berpantang'. Ada ke ibu-ibu kat sini macam tu masa dalam pantang?

Macammana Kak Za tahu? Sebab dulu masa mengandung anak pertama dan kedua, Kak Za pun macam tu. Tapi itu perangai Kak Za yang degil dulu. Darah muda, semua yang ummi kata Kak Za nak bangkang. Maklumlah mama moden kan.

Tapi Kak Za tahu, ibu-ibu muda sekarang bagus tak macam KakZa dulu. Semua yang Kak Za jumpa sekarang rajin dan disiplin masa dalam pantang sebab tu sentiasa nampak sihat, cergas dan cantik. Tahniah sayang-sayang semua.

Ok apa jadi kalau tak pakai stoking dalam pantang ni? Simple sahaja sebabnya. Kaki sejuk, Angin masuk, urat kembang, badan lemah.

Apa tu? Maksudnya, belum tua lagi tapi badan dah lagi tua dari usia sebenar. Nak buat aktiviti harian seperti kemas rumah, jaga anak, layan suami pun tak larat.

Nak ke? Kalau tak nak, pakai stoking ya masa pantang. Lebih bagus, sepanjang waktu terutama sewaktu tidur walaupun sudah habis tempoh berpantang.

Try buat dulu mulai sekarang dan nanti share dengan Kak Za macammana perubahan badan. (Terutama ibu-ibu yang memang dah rasa badan lemah tak bertenaga tu)

Salam Sayang

Kak Za

berpantangsendiri.blogspot.myAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/15832389379962900341noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3911342326043570986.post-78882163779628789612015-12-23T15:35:00.001+08:002015-12-23T18:43:31.130+08:00Buku Resepi Berpantang Mudah Sesuai Untuk Ibu Berpantang Sendiri

Apa khabar semua bakal-bakal ibu? Sebelum ini Kak Za ingin sangat nak kongsikan sesuatu untuk pembaca-pembaca blog berpantang sendiri ini. Tetapi tak tahu nak kongsi apa selain daripada pengalaman Kak Za sendiri.

Tapi Alhamdulilah, baru-baru ini Kak Za dapat kumpulkan 40 resepi mudah yang sangat sesuai untuk ibu yang berpantang sendiri. Mudah sangat sebab suami pun boleh tolong masakkan. Bukan itu sahaja, banyak lagi kebaikan bila dapat download buku resepi ini. Kak Za senaraikan di bawah apa yang bestnya ebook "40 Hari Berpantang, 40 Resepi" ini.

1. Tak perlu susah-susah fikir nak makan apa sepanjang tempoh berpantang

2. Resepi mudah yang boleh disediakan sendiri atau boleh disediakan oleh suami walaupun tak reti masak sebelum ini.

3. Resepi berpantang ini boleh bantu ibu-ibu yang lepas bersalin kembali langsing

4. Lengkap untuk 40 hari, setiap hari ada resepi berbeza yang membuatkan ibu berpantang tak rasa muak makan lauk yang sama.

5. Bahan-bahan masakan juga ringkas tetapi sedap. Tak perlu nak pening kepala nak cari bahan-bahan untuk penyediaan memasak.

Jadi apa lagi, kalau ibu-ibu nak senang hati dalam pantang, malas dah nak fikir pasal menu berpantang, klik dan download sahaja. Harga Ebook "40 Hari Berpantang, 40 Resepi" Ini pada harga pasaran RM 49.00.

Tapi kalau nak harga promosi murah, boleh dapatkan di sini. Harga RM 15.00 sahaja (KLIK PADA GAMBAR EBOOK untuk melihat antara kandungan dalam buku resepi ini)

Buku resepi ini dalam bentuk Ebook, maksudnya boleh download ke telefon, ipad atau pc. Kak Za cadangkan download dalam telefon terus. Senang masa masak, letak aje telefon di sebelah dan ikut step by step resepi yang diberikan.

Apa yang paling best beli ebook ini, ada jaminan wang dipulangkan kalau ibu-ibu rasa kandungan dalam ebook ini tidak menepati apa yang dijanjikan. Bestkan... tak lah risau keluarkan duit, last-last tengok tak berbaloi pun dengan apa yang diberitahu. Kak Za tak mahu pembaca ebook rasa kecewa, sebab itu Kak Za beri jaminan ini.

Jom klik link ini untuk membaca preview mengenai buku ini ya.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04079056144381806407noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3911342326043570986.post-34722277129450755162015-10-02T15:51:00.000+08:002015-09-28T10:03:01.710+08:005 Perkara Yang Isteri Berpantang Wajib Jauhi

Masa dalam pantang, sebenarnya banyak tugas yang isteri walaupun berpantang boleh buat sendiri.Tapi selepas 2 minggu la. Minggu pertama dan kedua tu, banyakkan berehat ya. Beri tempoh bertenang untuk anggota badan pulih kembali.

Kalau ikut apa yang ummi kak za nasihat pada kak za yang tak reti duduk diam ni. Seminggu pertama tu jangan buat apa-apa aktiviti lagi. Duduk diam di tempat tidur dan hanya berjalan-jalan perlahan dalam bilik untuk hilangkan lenguh badan dan lancarkan peredaran darah. Aktiviti utama hanyalah susukan anak dengan baring dan tidur sahaja. Memang tempoh yang paling seksa bagi kak za.

Waktu seminggu tu suami kena ambil semua tanggungjawab kalau nak berpantang sendiri. Kalau tak mampu, dapatkan pembantu yang boleh uruskan bayi dan rumahtangga. Ibu perlu pulihkan tenaga dan berehat secukupnya. Tapi kalau bayi jenis menangis tu, memang jangan dok jangka boleh berehat la. Asyik mengantuk aje sebab tidur tak cukup.

Selepas 2 minggu sudah boleh buat kerja-kerja rumah yang ringan seperti memasak ringkas, mandikan bayi, kemas rumah sikit-sikit tapi jangan lebih-lebih. Paling penting sekali ada pantang larang juga wanita dalam pantang ni. Ini kak za kongsikan 5 perkara yang tidak boleh dilakukan dalam pantang.

Jadi jangan mengada-ada nak buat tugas-tugas di bawah. Biarlah suami yang buat. Jika suami tak nak buat, biarkan walaupun sakit mata memandang

1. Basuh baju (basuhan tangan) atau bilik air

Ibu berpantang main air boleh kembang urat. Kalau kak za berpantang di rumah ummi, memang banyak sangat pantang larangnya.Itu tak boleh, ini tak boleh sampai naik rimas. Tapi lepas anak dah lima ni baru tahu yang apa yang ummi larang dulu betul.

Nak tahu kembang urat tu macammana? Kak za memang tahu sebab dah kena. Shhh...waktu kena tu memang tak tahu nak rasa macammana. Rasa badan tak panas macam orang demam, tapi sejuk menggigil serba tak kena. Sakit habis sendi dan bisa-bisa badan. Waktu kena tu suami selimut dengan 2 helai komforter pun tetap menggigil sampai dia tak tahu buat apa-apa. Last-last dia masuk sekali dalam selimut dan peluk Alhamdulilah kena tu sekejap sahaja, taklah sampai 24 jam.

Bila telefon ummi bagitahu, dia cakap bentan atau demam urat. Memang biasa jadi pada wanita berpantang yang tak berpantang...dalam hati kak za senyum mengaku,aku la tu, hehehe..

Waktu kak za kena tu, bukan buat kerja banyak pun. Kak za basuh tangan lampin-lampin bayi yang beberapa helai tu. Sikit aje, bukan banyak pun. (Alasan...)

2. Turun naik tangga

Walaupun rumah 2 tingkat, tapi sampai sahaja di rumah terus naik ke tingkat atas. Terpaksa sebab bilik di tingkat atas. Naik pun perlahan-lahan jalan macam jepun supaya tak terhentak kaki kuat-kuat. Nak kena kepit sahaja kaki tu... hehehe...masa ni lah Kak Za jadi orang yang paling ayu sekali di dunia. Kalau tidak haha...nasib baik tangga batu. Kalau tangga kayu, confirm bergegar tangga tu.

Duduk bersila tak boleh, duduk tergantung kaki pun tak boleh... kena banyakkan baring dan kaki lurus.

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Duduk bersila tak boleh, duduk tergantung kaki pun tak boleh... kena banyakkan baring dan kaki lurus.

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

3. Angkat benda berat

Kalau bersalin pembedahan lagi la kena elak sungguh angkat benda berat ni. Kalau nak angkat berat juga, angkat bayi sendiri sahaja kerana dikhuatiri peranakan jatuh. Kalau tak tahu jatuh peranakan tu macammana, memang tak rasa takut pun. Kalau tahu atau pernah dengar orang lain yang mengalami, memang confirm ibu-ibu tak buat. Ngeri tau....

4. Menjahit pakaian

Kak Za masa berpantang tak adalah menjahit, tapi banyak membaca dan menaip di notebook. Tapi itu pun umi kak za larang. Tak pula ummi cakap kenapa. Tapi sebab kak Za tak puas hati, buatlah kajian di internet. Rupa-rupanya menjahit dan membaca semasa dalam pantang boleh menyebabkan mata cepat rabun. Mata pun kena berehat masa dalam pantang rupanya.

5. Keluar rumah waktu senja atau malam

Pantang yang ni memang kak Za ikut sebab logik sangat. Ummi tak cakap pun, rasa-rasa memang sangat betul dari segi sains dan doktor pun mengiakan. Ibu berpantang dan bayi baru lahir sangat lemah dari segi fizikal dan juga rohani. Kalau dari segi sainsnya, mudah dapat jangkitan sebab orang ramai yang mungkin berada di ruangan yang sama mungkin bawa virus. Mungkin mereka baru baik demam atau sakit, jadi mudahlah badan ibu dan bayi yang masih lemah terkena jangkitan.

Malah dalam agama islam sendiri pun disebut tentang larangan keluar waktu senja ni. Kak Za bukan arif sangat, tapi boleh rujuk sendiri ya. Yang Kak Za nak share hadis ni.

Dari Jabir bin Abdullah RA katanya Rasullah SAW bersabda,

"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja. Kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja." (HR Muslim)

Bagi orang-orang tua pula, waktu senja dan malam hari ada makhluk lain yang sedang keluar bergembira. Nanti terlebih gembira pula bila lihat ibu dan bayi yang masih lemah tu.Eiii hantu syaitan la tu kan, apa lagi makhluk lain, apa-apa pun janji ibu-ibu faham ya.

Biar nampak remeh, tetapi kesannya sangat tidak elok untuk ibu. Kak Za dulu walaupun ada yang terbuat, tapi bila dah anak lima ni baru sedar betapa pentingnya ikut pantang larang ini. Kak Za harap adik-adik yang bakal bergelar ibu dapat manafaat dari perkongsiaan pengalaman kak za.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04079056144381806407noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3911342326043570986.post-64135055494542847112015-09-26T15:54:00.000+08:002015-09-21T18:24:04.264+08:00Emosi Wanita Dalam Pantang Menakutkan

Persediaan Emosi Sebelum Berpantang Sendiri

Persediaan utama bukan hanya peralatan tetapi yang paling utama emosi suami dan isteri.
Sabar, sabar, sabar 1000X kalau mahu teruskan niat berpantang sendiri. Suami kena bersabar dengan kerenah isteri. Isteri pula kena bersabar jika apa yang dimahukan lambat disediakan atau tidak kena seperti yang dijangka.

Anggaplah tempoh ini, tuhan mahu menduga sejauh mana kasih-sayang sepasang pasangan ini. Kedua-dua suami dan isteri baru menerima hadiah besar pemberian tuhan, iaitu seorang bayi yang lahir dari hubungan kasih sayang. Teruskan berkasih sayang walaupun di waktu susah apatah lagi di waktu senang.

Sentiasa berzikir jika ada situasi yang membuatkan kedua-dua dalam keadaan tertekan. Ingat kembali betapa susahnya isteri berjuang semasa melahirkan bayi comel itu. Isteri sangat perlukan bantuan dan masa ini bukan sahaja bayi yang perlukan perhatian, isteri juga. Belailah kedua-dua mereka dengan penuh kasih sayang.

Buat si isteri, bila suami terlalu penat kerana tidak dapat tidur lena, ucapkan terima kasih berulang-ulang kali. Berilah peluang suami berehat ketika bayi tidur. Jangan dipaksa suami keterlaluan. Jika anda perkara yang isteri mampu lakukan seperti mandikan bayi, lakukanlah. Jangan letakkan semua beban ke atas suami.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04079056144381806407noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3911342326043570986.post-47940773062587423382015-09-19T15:55:00.000+08:002015-09-24T20:07:03.380+08:00Wanita Merana Dalam Pantang Jika Dapat Suami Macam Ini

Susah Senang Berpantang Sendiri

Berpantang sendiri sangat susah jika:-

1) Mempunyai suami yang berat tulang dan tidak suka membantu
2) Sebelum bersalin terutama untuk kelahiran anak pertama, tidak pernah lihat atau tidak pernah belajar uruskan bayi yang baru lahir
3) Mengalami komplikasi atau kesusahan semasa bersalin menyebabkan ibu langsung tidak boleh bangun dari katil

Berpantang sendri sangat senang jika:-

1) Suami ringan tulang membantu uruskan isteri, bayi dan rumahtangga

2) Pernah melalui pengalaman bersalin dan berpantang sebelum ini

3) Isteri dalam keadaan sihat dan boleh bangun dari tempat tidur

Sebelum membuat keputusan ambil kira semua faktor, dan jangan semata-mata mengikut pengalaman orang lain kerana setiap kelahiran dan proses berpantang tidak sama antara seorang ibu dengan ibu lain. Juga tidak sama antara anak pertama, kedua dan seterusnya.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04079056144381806407noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3911342326043570986.post-77994899279125465702015-09-15T18:10:00.005+08:002015-09-21T17:54:03.904+08:00Berpantang Sendiri Selepas Bersalin Pembedahan/Cesarean

Salam sayang kepada bakal-bakal ibu yang makin hari makin tak sabar untuk menunggu waktu. Tenang ya walaupun terpaksa bersalin secara pembedahan atau ceasarian. Insyaallah semua akan selamat.

Empat orang anak kak za dilahirkan secara czer juga. Hanya anak kedua sahaja
yang bersalin biasa. Yang lain macam-macam asbab utk lahir czer.
Emergency pula tu. Yang last saja yang memang plan dari awal.

Teringat lepas lahirkan anak ketiga. Itulah sorang sahaja anak perempuan kak za, Nurdina Auliya. Jadi redha sahaja bila Allah bagi dugaan lebih sikit. Dua minggu kak za tak boleh nak angkat kepala. Sakit yang amat hanya Allah saja yang tahu.

Tak tahulah masalah terlebih ubat bius ke, tapi doktor kata mungkin disebabkan angkat kepala awal dari waktunya. Sepatutnya 6 jam pertama tak boleh angkat kepala. Letak kepala atas bantal pun tak boleh. Memang tidur tak selesa tapi enam jam sahaja kena bersabarnya.

Tapi seingat kak Za, rasa-rasanya time tu lepas sedar tu terus kepala rasa berat. Lepas bersalin memang terlena dan bila sedar dah ada dalam wad. Sedar-sedar sahaja kepala sakit sangat. Lepas sehari pun tak boleh nak tidur atas bantal. Nasib baik jururawat di Hospital Sultanah Bahiyah tu baik sangat. Jururawat yang paling best sekali nurse cina tu. Tak ingat nama dia...

Dia yang banyak bantu ambil bayi dan betulkan kedudukan bayi masa menyusu. Kak Za masa tu nak pandang bayi yang tidur atas lengan pun tak mampu. Nak toleh kiri kanan pun sakit. Memang kepala tak boleh nak gerak langsung. Bila suami datang lewat, jururawat cina tu siap nak tolong suapkan kak za makan lagi. Tapi kak za menolak, segan pula. Jadi sabar tunggu suami. Suami suap lagi best kan...hahaha. mengada-gada kan..

Bila suami datang nurse tu suruh suami buatkan air kopi satu jug bagi kak za minum supaya cepat-cepat sakit kepala tu hilang.Betul cakap nurse tu, memang lega sikit. Tapi kalau angkat kepala, kak za masih tak boleh buka mata dan kena tahan sakit kepala tu.

Lepas 3 hari doktor dah bagi balik rumah sebab semuanya tak ada masalah. Luka pun dah elok bila di buka. Bila di tanya pasal sakit kepala tu, doktor kata itu biasa dan akan hilang dalam dua tiga hari. Lega dengar.

Tapi selepas 2 minggu, sakit kepala berterusan.Tak tahu berapa jag kopi dah ditelan sepanjang tu. Memang ujian besar apatah lagi kami berpantang di rumah sendiri. Anak-anak lagi 2 orang yang masih kecil. Bayi nak diuruskan lagi. Memang ujian berat. Tapi ujian buat suami sebenarnya sebab kak za memang tak boleh nak bangun bergerak. Terbaring sahaja atas katil.

Mulut sahaja yang banyak cakap untuk guide pada suami apa yang perlu dibuat. Pengalaman yang paling ngeri masa suami mandikan bayi. Risau sampai terjerit-jerit tengok bayi tak sampai seminggu mandi bo*el terus dalam besen. Kain tuala dan kain lampin diletak atas katil. Lepas mandi dengan bayi basah-basah tu,dia tak peluk pun, bawa macam budak besar. Takut sangat bayi jatuh. Suami kak za pun lepas tu serik tak nak pegang bayi kecil dah. Dia rasa macam pegang agar-agar je, fragile. Kalau ingat balik, rasa kelakar pula.

Tapi lepas hari tu lah, kak za tekadkan semangat untuk cepat -cepat baik. Walaupun masih belum sembuh sepenuhnya ,tapi tugas mandikan bayi kak Za buat juga sendiri.Walaupun suami mengaku tak mampu buat tugas ini, tapi semua tugas-tugas lain termasuk memasak, suami yang buat.

Inilah persefahaman yang perlu ada bila bergelar ibubapa.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04079056144381806407noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3911342326043570986.post-7287827203280226322015-09-15T15:53:00.001+08:002015-09-21T18:32:43.452+08:00Persediaan Berpantang Sendiri, Cari Yang Mudah

Tip Sediakan Persiapan Berpantang

Cari kelengkapan dengan kata kunci - MUDAH. Mudahkan suami, biar sama-sama dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan mudah. Suami isteri senang hati, bayi dapat tidur lena.

Set berpantang Asas

Makan jamu hanya sekiranya perlu. Tapi Kak Za tak sanggup nak berulang alik ke klinik untuk periksa darah bayi kalau kena kuning. Pernah rasa tinggal di wad selama 2 minggu selepas melahirkan anak sulung, Nabil Asif. Kali kedua anak kena tinggal di wad sebab kuning, anak ke lima. Anak ke lima bersalin hospital swasta, INS Alor Setar. Ibu boleh balik, tapi anak kena tinggal di hospital. Pun tak best juga sebab penat kena kerap ke hospital untuk susukan anak. Nak pump pun susu tak keluar banyak lagi. Kalau tak pergi, rindu sangat pada bayi. Serba salah juga.

Jadi kak za cadangkan ambil supplement yang dibekalkan oleh doktor sahaja untuk memberikan tenaga kepada ibu. Insyallah ibu sihat, bayi pun sihat.

Mandian herba penting untuk mengembalikan tenaga ibu dan juga buang angin yang tak elok. Kalau nak cari mandian herba, cari yang mudah direbus dan mudah disimpan.

Tungku - dapatkan yang tidak terlalu berat supaya isteri boleh bertungku sendiri

Bengkung - beli yang isteri boleh pakai sendiri tanpa bantuan suami

Keperluan Bayi

Bedung bayi - dapatkan yang betul-betul dapat membalut bayi dengan kemas supaya bayi tidur lena dan memberikan lebih masa rehat untuk ibu dan ayah

Susu Ibu adalah yang terbaik, agar ayah tidak perlu berlari-lari membancuh susu di waktu siang dan dapat tidur lena di waktu malam.

Kelengkapan mandian bayi letak di atas meja supaya mudah ibu mandikan bayi sendiri.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04079056144381806407noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3911342326043570986.post-56722693624677482272015-09-15T15:52:00.002+08:002015-10-06T10:48:23.919+08:00Suami Wajib Masak Untuk Isteri Dalam Pantang?

Suami jika mahu masakkan untuk isteri dalam pantang adalah satu bonus. Lagipun makan orang dalam pantang mudah sahaja. Formula memang simple.

Kukus, Rebus & Panggang.

Bahan juga mudah, banyakkan halia, kunyit dan lada hitam. Senang sangat. Kalau tak tahu nak beli ikan jenis apa, tanya sahaja orang jual ikan di pasar. Tapi seelok-eloknya beli 1 jenis ikan sahaja, ikan selar.

Kalau yang tak kenal ikan selar tu boleh jadikan google sahabat baik.

Kalau suami Dah Masak

Isteri pula janganlah terlalu cerewet. Kunyah dan telan sahaja apa yang disediakan. Masa inilah nak kurus balik macam masa anak dara. Kalau makan pun nak memilih masa ini, jangan mimpi nak kurus balik.

Tapi Kak Za nak cerita pasal pengalaman masa suami masak. Sepanjang tempoh suami memasak tu, habis hitam kuali yang berkilat-kilat. Redha ajelah kan.

Dapur tak payah ceritalah kan.

Tetapi jika suami menolak untuk masak, tidak jadi masalah untuk isteri memasak sendiri. Letak garam kunyit, masukkan dalam kuali ajaib tu. Cuma jangan terlalu main air, mengikut pesan orang tua. Bersihkan ikan dan sayuran itu, suami yang buat ya.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04079056144381806407noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3911342326043570986.post-83352625544570589082015-09-09T06:00:00.000+08:002015-09-16T05:03:20.509+08:00Biar Benar, Kau Jumpa Bomoh?

Cerita ini kak za nak sambung siri pengalaman mengandungkan nabil asif. Kandungan berusia 36 minggu, doktor sahkan bayi songsang. Setelah doktor bagi tiga pilihan, kami memilih untuk bersalin secara alami walaupun songsang. Rasanya waktu itu, inilah keputusan terbaik. Disebabkan pilihan ini, doktor nasihatkan balik kampung awal untuk elakkan sebarang kejadian yang tak disangka-sangka yang boleh membahayakan nyawa anak dan ibu.

Suami pun hantar kak za balik kampung di Kelantan. Alhamdulilah tak ada apa-apa yang berlaku dalam perjalanan. Tapi yang kelakarnya, punyalah suami nak jaga kak za masa tu takut bersalin tengah jalan, tiga empat biji bantal dia letak suruh kak za duduk. Sampai tenggelam dalam bantal. Memang sepanjang perjalanan tu syok betul. Memang langsung tak rasa apa-apa bila kereta termasuk lubang ke apa. Inilah yang wanita suka sangat mengandung kan...apatah lagi mengandung anak pertama. Dilayan macam permaisuri.

Di kampung, ummi cadangkan berjumpa dengan seorang ustaz yang katanya boleh pusing bayi dalam perut dengan hanya minum air. Suami tak bersetuju sebab dia bimbang lelaki yang dikatakan ustaz tu tok bomoh. Kalau bomoh, kak za pun tak nak. Tapi umi cakap yang ustaz ini mengajar agama di pondok Sungai Durian di Kuala Krai dan tempat tu memang terkenal dengan orang yang alim-alim.

Kami pergi sebagai menghormati cadangan umi ditemani oleh sepupu suami yang memang tinggal di Kuala Krai. K.Ina yang temankan kami juga kenal ustaz itu. Memang berdebar-debar semasa sampai ke rumah ustaz tu. Kami duduk dan selepas kak ina cerita hajat kami, ustaz tu tak pandang pun muka kak za. Dia terus cakap yang bayi dalam perut tu dah tak boleh nak pusing. Perut dah tak ada ruang untuk bayi pusing. Kak Za ingat lagi kata-kata dia sebab time tu. Dia kata macam ni,

"Biarlah dia duduk gitu. Anak lelaki memang lasak. Berat tu, 3 kilo."

Masa dia cakap tu kami macam tak rasa apa-apa. Memang tak percaya dan kecewa juga sebab dia tak boleh buat apa-apa.

Nak tahu betul ke tidak apa yang ustaz tu kata?Kalau tak sabar boleh terus lihat cerita bersalin atau baca dulu sambungannya di sini Cerita 4 - Kecut Perut Sorang-Sorang!

Memori Mengandungkan Nabil Asif Kes Songsang

Cerita 1 - Bayi Dalam Perut Songsang, Saranan Doktor

Cerita 2 - Mengandung Songsang, Beraninya Buat Keputusan Ini

Cerita 3 - Biar Benar, Kau Jumpa Bomoh Za?

Cerita 4 - Kecut Perut Sorang-Sorang!

Cerita 5 - Akhirnya, Aku Hadapi Juga Walaupun Takut.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04079056144381806407noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3911342326043570986.post-34232927843885251992015-09-07T09:00:00.000+08:002015-09-16T04:39:04.422+08:00Mengandung Songsang, Beraninya Buat Keputusan Ini!

Post sebelum ini kak za cerita mengenai keadaan bayi yang berada dalam kedudukan songsang. Masa mengandung minggu ke 36, doktor bagi tiga pilihan dan kami belum berani buat keputusan sebelum berbincang dengan orang tua.

Jadi balik dari hospital,kak za dan suami hubungi ibu masing-masing minta nasihat. Tapi dua-dua macam tak berani nak bagi kata putus, suruh kami suami isteri ambil keputusan mana yang baik. Ummi kak za cerita mengenai kakak kak za, iaitu Kak Na yang bersalin anak pertama pun songsang. Dia bersalin normal dan yang kelakarnya, dalam ambulan lagi dah nampak kaki bayi terkeluar dah. Sampai hospital kelam kabut jururawat dengan doktor. Alhamdulilah anak sulung kak Na, Siti Zulaika sudah besar dah sekarang. Memang tak ada komplikasi apa-apa.

Mama, mak mertua kak za sebab tak ada pengalaman dengan anak yang pernah bersalin, jadi dia tak ada komen apa-apa. Tapi dari sudut 'medical',mama beritahu yang penjagaan bersalin biasa lagi mudah. Walaupun dua-dua ibu ini katanya kami buat keputusan sendiri, tapi macam faham-faham kan..

Ya samalah macam kak za rasa masa tu. Mereka suruh bersalin biasa sebenarnya. Mesti korang pun dapat hints tu kan...

Kak Za dan suami pun ambil keputusan bersalin normal walaupun bayi songsang. Semasa buat keputusan ini, doktor cadangkan kami terus booking bersalin di Hospital Klang itu. Kami plan untuk balik bersalin di kampung, di Hospital USM Kubang Kerian. Jadi doktor buat surat rujukan dan nasihatkan kami untuk balik awal untuk elakkan kemungkinan bersalin awal. Kemungkinan yang paling menakutkan bila doktor takut bersalin dalam perjalanan balik kampung. Terbayang macammana lah kalau ter'beranak' dalam kereta di tengah-tengah bukit 7, tak ke jenuh...eiii mintak jauhkan. Doktor ni memang cekap takutkan orang ni...cakap macam tu pula kan... tapi apa yang dia cakap tu betul. Ya kan...

Kak Za minta cuti 2 minggu awal dengan bos sebab nak balik kampung awal. Dia bagi sebab nanti kak za akan balik bekerja 2 minggu lebih awal. Sebulan setengah berpantang, 40 hari duduk rumah. Okay lah tu kan...

Nak tahu apa yang jadi dalam perjalanan balik kampung? Baca cerita seterusnya ya..

Cerita 3 - Biar Benar, Kau Jumpa Bomoh Za?

Memori Mengandungkan Nabil Asif Kes Songsang

Cerita 1 - Bayi Dalam Perut Songsang, Saranan Doktor

Cerita 2 - Mengandung Songsang, Beraninya Buat Keputusan Ini

Cerita 3 - Biar Benar, Kau Jumpa Bomoh Za?

Cerita 4 - Kecut Perut Sorang-Sorang!

Cerita 5 - Akhirnya, Aku Hadapi Juga Walaupun Takut.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04079056144381806407noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3911342326043570986.post-62798548316869113982015-09-05T03:34:00.000+08:002015-09-16T04:18:30.020+08:00Bayi Dalam Perut Songsang, Saranan Doktor

Teringat masa kali pertama kena bersalin cesar untuk anak pertama.
Masa tu memang tak tahu nak buat keputusan macammana sebab selalu dengar
orang kata bersalin biasa lebih alami, lebih bagus dan lagi tak sakit.
Masa mengandungkan anak pertama 36 minggu, doktor arahkan untuk buat
ultrasound sebab bayi dalam kandungan sonsang (breech).

Masa
mengandung 36 minggu tu doktor tak terus cakap kena ceaser, tapi dia
bagi 3 pilihan. Siap balik buat research lagi tu. Googgle memanjang apa
pilihan terbaik. Ini pilihan yang doktor bagi:-

Tahulah telefon tahun 2006 tak canggih macam zaman sekarang. Tapi ini sahaja gambar masa mengandung anak pertama yang dijumpai semula...hahaha...kenangan ni. Guna telefon siapa tak tahu. Tapi sah-sah bukan kak za punya ya...

Pilihan pertama, vaginal delivery/
bersalin biasa. Kalau pilih yang ini, setiap minggu kena pergi klinik
atau masa tu kak za kena pergi ke hospital klang untuk buat ultrasound
sebab untuk pastikan kedudukan bayi beralih atau tidak. Risiko masa
bersalin nanti, mungkin bayi lambat keluar dan boleh menyebabkan bayi
lemas. Mungkin juga terpaksa gunakan vacuum atau forsep untuk keluarkan
bayi jika alami kesukaran. Ngeri kan.....oh tidak....

Tapi
disebabkan berat bayi kak za taklah berat sangat, masa tu doktor kata
kemungkinan bayi berat 2.8kg masa keluar, jadi insyaallah tak ada
masalah nak bersalin biasa. Tetapi risiko tu tetap ada. Emm...fikir
panjang pula kami suami isteri masa tu.

Pilihan ke 2 -
doktor akan cuba pusingkan bayi dengan bantuan ultrasound. Kalau pilih
yang ni, sebelum minggu ke 37 kena buat dah. Maknanya, kena terus buat
keputusan sekarang dan doktor akan terus bagi tarikh terdekat. Tapi
risikonya ada juga. Boleh terkoyak placenta jika tersilap langkah atau
leher anak terjerut tali pusat. Lagi ngeri kak za dengar. Terus pangkah
pilihan yang ni.

Pilihan terakhir, cesarean, or c-section dan risikonya lagi tinggi. Takut sangat masa tu sebab macam-macam orang cerita pasal czer ni.
Pendarahan la, luka bernanah tak sembuh-sembuh, jangkitan kuman la dan
yang paling tak tahan sekali bila dengar orang cerita boleh pecah perut
kalau doktor tak jahit betul-betul. Tapi doktor tak cakap macam tu la
kan. Doktor kata risiko nya memang tiga kali ganda berbanding dengan
bersalin biasa.

Kami minta doktor berikan tempoh untuk berbincang sebab memang tak boleh nak buat keputusan masa tu. Due 9 September 2006, ada 4 minggu lagi insyaallah masa tu. Macam confident saja bersalin on time kan...

Nak tahu kak za dan suami setuju dengan pilihan yang mana?

Stay tuned....cewah.... tunggu ya

Memori Mengandungkan Nabil Asif Kes Songsang

Cerita 1 - Bayi Dalam Perut Songsang, Saranan Doktor

Cerita 2 - Mengandung Songsang, Beraninya Buat Keputusan Ini

Cerita 3 - Biar Benar, Kau Jumpa Bomoh Za?

Cerita 4 - Kecut Perut Sorang-Sorang!

Cerita 5 - Akhirnya, Aku Hadapi Juga Walaupun Takut.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04079056144381806407noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3911342326043570986.post-56577606668827510062015-08-15T16:01:00.000+08:002015-09-21T18:40:19.774+08:00Bertuah Wanita Ini Bila Dapat Suami Penyayang Begini

Secara peribadi saya sangat menghormati suami yang menjaga isteri sendiri semasa berpantang. Malah semakin ramai lelaki atau suami yang mengambil peranan ini. Jika dahulu, tugas menjaga isteri di dalam pantang diserahkan bulat-bulat kepada ibu atau ibu mertua, sekarang berbeza.

Ada sesiapa nak share, siapa yang berpantang sendiri dan dijaga sepenuhnya oleh suami? Macammana suami lakukannya? Ini ucapan isteri yang komen di facebook peribadi saya dan juga page kami - berpantang sendiri. Sweet kan...

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04079056144381806407noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3911342326043570986.post-90636142271770209982015-03-06T15:13:00.000+08:002015-12-23T15:54:23.884+08:00Mampukah Suami Bekerja Jaga Isteri Berpantang?

Kak Za lihat ramai suami sekarang sudah mula mengambil bahagian dalam penjagaan isteri selepas berpantang. Bukan suami Kak Za sahaja, malah abang ipar, saudara mara dan suami kawan-kawan, semuanya bertuah kerana mendapat suami yang ringan tulang sepanjang tempoh isteri berpantang.

Ini antara tugas suami sebelum ke tempat kerja yang biasa dibuat oleh abang ipar Kak Za. Alhamdulilah Kak Za pun suka bila dengar cerita kakak. Suami Kak Za memang duduk rumah sepanjang tempoh Kak Za berpantang selepas kelahiran anak ke 3 hingga ke 5. Jadi memang semua tugas dia buat. Jadi Kak Za interview lah kakak, tanya dia apa yang suami dia buat sebelum pergi kerja. Ini antara tugasnya sebagai panduan mereka yang suami perlu ke tempat kerja sebelum meninggalkan isteri berpantang di rumah.

1) Menyediakan air mandian untuk ibu

2) Menyediakan air mandian untuk anak

3) Menyediakan makan pagi dan tengahari untuk isteri

4) Panaskan tungku

Ini pula tugas suami selepas balik dari kerja. Sebagai alternatif kalau suami sudah penat, boleh sediakan lauk yang sama seperti makan tengahari. Tetapi jangan sesekali berikan nasi yang dipanaskan semula kepada isteri dalam pantang. Nasi mesti dimasak baru ya.

1) Mengemas rumah dan menyediakan makan malam

2) Mencuci pakaian isteri dan bayi

3) Pastikan semua keperluan isteri dan bayi mudah dicapai oleh isteri

Ada sesetengah rutin hanya perlu dilakukan oleh suami pada 1-2 minggu pertama selepas kelahiran sahaja. Jika isteri sudah bertenaga dan mampu melakukannya sendiri, kuranglah tugas suami. Namun ada juga tugas-tugas yang suami terpaksa lakukan sehingga tamat tempoh berpantang. Elakkan ibu berpantang dari mengangkat benda-benda berat seperti air mandian untuk isteri dalam baldi mahupun air mandian untuk bayi dalam besen.

Jika ada anak-anak lain di rumah yang masih kecil, usahakan agar anak-anak ini dijaga oleh pengasuh lain. Tujuannya pada 1- 2 minggu pertama, ibu dapat berehat dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bayi.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04079056144381806407noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3911342326043570986.post-87287885174682858092015-03-06T15:12:00.000+08:002015-03-06T15:12:00.549+08:00Peranan Suami Jaga Isteri Berpantang.Secara peribadi saya sangat menghormati suami yang menjaga isteri sendiri semasa berpantang. Malah semakin ramai lelaki atau suami yang mengambil peranan ini. Jika dahulu, tugas menjaga isteri di dalam pantang diserahkan bulat-bulat kepada ibu atau ibu mertua, sekarang berbeza.

Malah ada suami yang menghalang isteri balik berpantang ke rumah ibu bapa atau ke kampung. Mereka dengan sukarela menawarkan diri untuk menjaga isteri sepanjang tempoh itu. Mereka dengan penuh tanggungjawab melaksanakan tugas mulia ini.

Adalah ini peranan mereka atau adakah ini peranan ibu atau ibu mertua?Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04079056144381806407noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3911342326043570986.post-2861398215852561222015-03-05T15:03:00.000+08:002015-03-05T15:03:51.227+08:00Alasan Ramai Ibu-Ibu Moden Suka Berpantang SendiriSemakin hari semakin ramai ibu-ibu berpantang di rumah sendiri. Jika dahulu, hanya ibu-ibu yang sudah berpengalaman dengan kelahiran yang lepas-lepas berani untuk menguruskan diri dan bayi sendirian semasa tempoh berpantang. Tetapi sekarang, ibu-ibu muda yang pada kelahiran pertama juga sudah mengikuti amalan ini. Agak-agaknya kenapa?

Berdasarkan kepada pemerhatian dan juga survey yang kami jalankan, ini adalah antara sebabnya.

Ibu-ibu yang melahirkan anak kedua dan seterusnya :-

1) Anak-anak lain sudah bersekolah

2) Mahu berdikari

3) Ibu/ibu mertua sudah tiada

4) Tidak mahu berpisah lama dengan suami dan anak-anak lain

5) Susah nak travel ke sana ke sini

Ibu-ibu Muda Yang Baru Melahirkan Anak Pertama

1) Tidak mahu menyusahkan ibu atau ibu mertua

2) Tidak mahu berjauhan dari suami

3) Ingin berdikari

4) Ibu atau ibu mertua sudah tiada

5) Ingin bebas dan tidak mahu dileteri oleh ibu atau ibu mertua

Ada alasan lain yang pernah anda dengar atau ada alasan yang anda tidak bersetuju. Tinggalkan komen anda dan sama-sama kita bincang.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/04079056144381806407noreply@blogger.com0