Ahad, 9 April 2017

Tip Sediakan Air Mandian Herba Cara Mudah Bila Suami Bekerja.

Zaman teknologi ini makin ramai yang tahu cara nak berpantang walaupun mak atau mak mertua tak beritahu. Google sahaja, macam-macam ilmu yang sedia untuk diamalkan. Cuma mungkin bagi yang nak berpantang sendiri tu, perlu tahu bagaimana mahu memudahkan urusan tanpa membebankan diri sendiri. Silap haribulan boleh bawa mudarat pada diri.

Mandian untuk ibu berpantang adalah salah satu rutin berpantang yang bagus.

Tapi kalau berpantang sendiri, siapa mahu sediakan?
Kalau sediakan sendiri, nanti siapa nak angkat air rebusan tu?
Kalau angkat sendiri, bolehkah?

Kak Za suka kongsikan cara untuk menyediakan air mandian herba untuk ibu yang berpantang sendiri tanpa perlu angkat periuk air rebusan (ya periuk berisi air itu dikira berat) apatah lagi baldi air.

1) Semasa mengandung, beli siap-siap mandian herba yang dalam sachet. Jadi masa berpantang, suami senang nak bantu untuk sediakan air mandian. Sebelum suami mandi, minta tolong suami letakkan periuk berisi air dan 1 sachet herba.


2) Lepas suami siap mandi, air rebusan pasti dah mendidih lama dan suami boleh tolong masukkan ke dalam termos air panas.


3) Sebelum ke tempat kerja,pastikan suami sudah letak siap-siap termos di sebelah baldi yang dah diisi air paip. Kadang-kadang suami perlu diingatkan, jadi kalau suami lupa,beritahu hari-hari.

4) Bila tiba waktu mandi mama, dalam keadaan duduk atas bangku kecil, cuma perlu masukkan air rebusan herba dalam termos tadi dan tuangkan dalam baldi  berisi air paip. Jika terlalu panas, guna paip air getah untuk tambahkan air sehingga suam-suam kuku.

*Tak perlu mandi banyak pun, 1 termos untuk 1 baldi sebenarnya sudah cukup untuk segarkan dan kembalikan tenaga mama.

Selamat berpantang sayang-sayang semua,

Salam Sayang
Kak Za
berpantangsendiri.blogspot.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan