Sabtu, 26 September 2015

Emosi Wanita Dalam Pantang Menakutkan

Persediaan Emosi Sebelum Berpantang Sendiri
------------------------------------------------

Persediaan utama bukan hanya peralatan tetapi yang paling utama emosi suami dan isteri. Sabar, sabar, sabar 1000X kalau mahu teruskan niat berpantang sendiri. Suami kena bersabar dengan kerenah isteri. Isteri pula kena bersabar jika apa yang dimahukan lambat disediakan atau tidak kena seperti yang dijangka.
Anggaplah tempoh ini, tuhan mahu menduga sejauh mana kasih-sayang sepasang pasangan ini. Kedua-dua suami dan isteri baru menerima hadiah besar pemberian tuhan, iaitu seorang bayi yang lahir dari hubungan kasih sayang. Teruskan berkasih sayang walaupun di waktu susah apatah lagi di waktu senang.
Sentiasa berzikir jika ada situasi yang membuatkan kedua-dua dalam keadaan tertekan. Ingat kembali betapa susahnya isteri berjuang semasa melahirkan bayi comel itu. Isteri sangat perlukan bantuan dan masa ini bukan sahaja bayi yang perlukan perhatian, isteri juga. Belailah kedua-dua mereka dengan penuh kasih sayang.
Buat si isteri, bila suami terlalu penat kerana tidak dapat tidur lena, ucapkan terima kasih berulang-ulang kali. Berilah peluang suami berehat ketika bayi tidur. Jangan dipaksa suami keterlaluan. Jika anda perkara yang isteri mampu lakukan seperti mandikan bayi, lakukanlah. Jangan letakkan semua beban ke atas suami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan